Thursday 7 May 2015

Adik terkulai bermandi darah



Shah Alam: Konflik keluarga dipercayai menjadi punca seorang lelaki sanggup menetak adik lelakinya sehingga mati selain mengakibatkan adik iparnya parah dalam kejadian di sebuah rumah Jalan Kampung Jawa, Seksyen 36, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang juga seorang pemandu jentera berusia 37 tahun maut serta-merta selepas parah ditetak di belakang kepala, tangan, peha dan belakang telinga kanan.
Sumber berkata, isteri mangsa yang bekerja sebagai ejen insurans berusia 39 tahun pula parah selepas ditetak suspek di leher dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan kecemasan.
Menurutnya, kejadian itu hanya disedari seorang lagi abang mangsa yang datang ke rumah itu sebelum melihat adiknya yang berkain pelikat dan tidak berbaju dalam keadaan tertiarap berlumuran darah.

Rosshida dibunuh

Putrajaya: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam belukar bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti Cyberjaya untuk membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, ketika disoal siasat suspek mengaku mencampakkan mangsa dari jambatan berkenaan.
"Beberapa barang milik mangsa juga ditemui bersama suspek.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya ketika dihubungi di sini.
Difahamkan, suspek ditahan di sekitar Cyberjaya sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang 10.30 pagi tadi untuk dikenakan perintah tahanan reman.
Mayat Rosshida Abdullah, 30 berasal dari Pasir Mas, Kelantan ditemui orang awam di bawah jambatan berkenaan kira-kira 5 petang, semalam.
Turut ditemui bersama mayat itu ialah sekeping nota yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tertekan ekerana diburu along, serta beg tangan berwarna putih.



Tuesday 10 February 2015